Anak Awie Tak Mahu Tinggal Dengan Rozana

Anak lelaki kepada legenda rock, Awie iaitu Putera Ahmad Merrah enggan duduk bersama ibunya iaitu bekas kepada isteri Awie, Rozana Misbun walaupun sudah dipujuk oleh Awie sendiri. Hal ini sudah dimaklumkan oleh Awie di Mahkamah Tinggi Syariah baru-baru ini.

Awie berkata demikian ketika beliau menjawab soalan dari peguam syarie yang mewakilinya, Mohd Syafiq Norizan jika Awie bersetuju sengaja melanggar perintah mahkamah berhubung hak penjagaan sementara anak-anak mereka yang dikeluarkan pada 27 Januari lalu.

“Saya sebagai seorang bapa yang prihatin saya ada memujuk beliau untuk tinggal bersama Rozana kerana hubungannya dengan adik-adik lain yang sangat rapat. Tetapi beliau sendiri yang enggan untuk berbuat demikian walaupun telah dipujuk,” katanya kepada mStar Online.

Malah, Awie juga telah memberitahu pihak mahkamah dua orang anaknya Putra Ahmad Rezzki dan Puteri Qasseh Antasha menangis meronta-ronta apabila bekas isterinya itu membawa lari kanak-kanak berkenaan dari sekolah.

Hm nampaknya anak-anak Awie seperti lebih suka duduk bersama ayahnya daripada ibunya. Apapun semoga kedua pasangan ini dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik dan secepatnya. Lagipun anak tu semakin membesar, kesianlah kepada mereka.

Sumber :mStar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s