“Saya Tak Ganggu Fasha” -Jejai

Baru-baru ini kecoh berita berkenaan Fasha Sandha membuat laporan polis kerana bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai masih mengganggu beliau namun hal ini dinafikan oleh Jejai menerusi Utusan Online dan ianya sama sekali tak berasas.

“Saya sendiri menuntut supaya pihak berkuasa siasat perkara ini untuk tahu kebenarannya. Biar masyarakat tahu sama ada ‘cerita’ itu benar atau sebaliknya. Saya sendiri hairan kenapa cerita seperti itu boleh timbul, sedangkan tidak ada satu pun yang benar mengenainya,” kata Jejai lagi.

Walau bagaimanapun, Jejai katanya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang telah mengaibkan dirinya dengan membuat fitnah atau sebarkan pelbagai andaian buruk sejak beliau bercerai dengan Fasha.

Fasha dan Jejai telah mendirikan rumahtangga pada 27 April 2012 dan dikurniakan 2 orang cahaya mata Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma namun hubungan mereka tak berpanjangan apabila mereka disahkan bercerai pada 20 Januari lalu.

Hmm…MiG Online pun tak pastilah mana satu kebenarannya sekarang ni. Fasha kata beliau diganggu namun Jejai pula menafikan hal itu. Apapun kita tunggu jelah apa pulak kata Fasha lepas ni.

Sumber : Utusan Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s