Neelofa Tamatkan Zaman Bujang Usia 30

Bintang Paling Popular Berita Harian 29, Neelofa bakal menamatkan zaman bujangnya pada usia 30 tahun, betul ke?

Ha, pasti ramai yang tak sabar-sabar nak tengok idola mereka ni naik pelamin dengan berbaju pengantin yang sudah pastilah cantik dan meletup gitukan? hihi..

Neelofa sebenarnya bakal mendedahkan kisah percintaan beliau selama ini didalam sebuah video eksklusif sempena Kempen Allah Lebih Tahu Naelofar Raya 2016.

“Selain kempen Ramadan dan Aidilfitri, video itu turut memaparkan kisah cinta saya yang tidak diketahui ramai dan tidak tahu siapakah insan istimewa yang dimaksudkan itu. Saya akan lebih fokus dengan soal jodoh apabila mencecah usia itu nanti. Buat masa ini, saya belum memiliki calon yang sesuai lagi,” katanya kepada Harian Metro.

Neelofa yang sebelum ini hangat bercinta bersama Datuk Hans Isaac akui hubungan mereka kini sebagai kawan baik malah hubungan mereka juga dikatakan bertambah matang jika dibandingkan dengan dulu.

Bercakap mengenai video eksklusif bersempena kempen Allah Lebih Tahu Naelofar raya 2016, ianya akan ditayangkan di sebuah majlis pelancaran Naelofar Raya 2016 tak lama saja lagi. Ia dipilih untuk berkongsi serba sikit kisah percintaan Neelofa sebab beliau percaya ramai yang masih belum ketahui berkenaan sisi peribadinya.

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s