“Saya Gembira Saharul Akan Berkahwin” -Mia Ahmad

Dek kerana penangan dalam drama Hati Perempuan, hero dan heroinnya iaitu Mia Ahmad dan Saharul Ridzwan pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta. Tapi apabila Saharul telah mengumumkan yang beliau bakal saja mendirikan rumahtangga selepas Aidilifitri ini, ternyata segala dakwaan mengenai percintaan mereka itu salah sama sekali.

“Saya gembira apabila mendapat tahu bahawa dia akan berkahwin. Perempuan yang menjadi pilihannya adalah bukan saya, tetapi saya turut tumpang gembira. Namun saya tidak terkejut dengan berita itu. Ini kerana itu adalah bukti bahawa gosip yang mengaitkan kami bercinta selama ini adalah tidak benar”

“Benar peminat memang suka kami bercinta seterusnya berkahwin. Tapi dalam hal hati, baik saya dan Saharul berhak membuat pilihan sendiri,” katanya kepada Berita Harian Online apabila ditanyakan mengenai berita gembira yang disampaikan Saharul mengenai dirinya yang bakal berkahwin selepas Aidilfitri ini.

Sebelum ini, Mia pernah dikaitkan bercinta dengan Saharul dek kerana promosi drama Hati Perempuan yang cukup hangat suatu ketika dulu. Namun kedua pasangan ini menafikan hal itu dan akui yang mereka sekadar berkawan baik saja.

Ha dengar-dengar Mia Ahmad pun dah ada cintanya sendiri, betul ke? Hihi.. Mia akui memang beliau ada keluar bersama salah seorang pemain bola sepak JDT, Irham Tarmizi namun beliau mohon agar orang ramai jangan pantas sangat membuat spekulasi dan beliau akui bahawa dirinya senang sekali berkawan dengan jejaka berkenaan.

Baguslah macam tu, Saharul pun dah umumkan yang beliau bakal berkahwin. Agak-agak bila pula giliran Mia naik pelamin ye? Hihi..

Sumber : Beautifulnara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s