Anak Yazit (Search) Luah Rasa Kecewa

Kemelut yang melanda antara Yazit dan anggota kumpulannya iaitu Search masih belum berakhir dimana sebelum ini Yazit telah membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju mendakwa berlakunya pecah amanah kerana beliau tidak mendapat bayaran untuk Konsert 35 Tahun dan beberapa lagi persembahan lain.

Namun, anggota kumpulan Search pula telah tampil membuat satu sidang media bagi menafikan tuduhan tersebut sekaligus menyifatkan ianya tak masuk akal sama sekali.

Bagaimanapun, semalam kecoh apabila anak kepada Yazit iaitu Sheeqa Yazit telah memuat naik satu status di laman Facebook miliknya untuk meluahkan segala kekesalan yang berlaku kepada beliau sekeluarga.

Status luahan Sheeqa juga seperti beliau amat kesal dengan apa yang berlaku kepada bapanya (Yazit) malah mereka kelihatan seperti sudah lama mendiamkan diri berkenaan hal ini kerana tak mahu aibkan sesiapa. Tapi akhirnya Sheeqa meluahkan status sebegini ;

Hmm.. MiG Online turut bersimpati atas nasib yang menimpa Sheeqa dan ahli keluarga mereka namun terpulang kepada netizen bagaimana nak membuat penilaian dimana bak kata Sheeqa pun “kalau tak ada angin tak ada lah pokok bergoyang”

MiG Online pasti apa yang berlaku ni mungkin ada hikmah dan harapnya kemelut antara kumpulan Search ini akan berakhir juga tak lama lagi.

Sumber : Facebook Sheeqa Yazit

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s