Tahniah! Diana Amir Hamil Anak Kedua

Pelakon dan pengacara popular, Diana Amir khabarnya telah hamil anak kedua yang kini sudah berusia lima minggu. Alhamdulillah, tahniah MiG Online ucapkan kepada Diana sekeluarga.

Berita gembira ini diakui sendiri oleh Diana Amir kepada BH Online sambil melahirkan rasa syukur sangat akhirnya doa beliau ketika di Sepanyol April lalu ditunaikan.

“Ketika tiba di sana, masing-masing memasang niat termasuk saya yang memang berharap dapat menambah ahli keluarga memandangkan anak sulung kami sudah berusia setahun lebih. Nyata doa saya dimakbulkan-Nya”

“Sepanjang seminggu di bumi yang pernah menjadi pusat kegemilangan pemerintahan Andalusia, sebenarnya itu pertama kali saya berjauhan dengan anak. Walaupun agak sedih meninggalkannya kerana dia masih menyusu badan, nampaknya perancangan Allah yang terbaik,” kata Diana.

Sebelum ini, Diana telah dikurniakan cahaya mata sulung yang kini sudah berusia 1 tahun 2 bulan. Apapun, kepada Diana MiG Online nasihatkan jaga diri dan kesihatan semoga Diana dan keluarga terus dilimpahi rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Sumber :BH Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s