Walau Putus Cinta, Hubungan Arja Lee dan Shima Anuar Masih Baik

Artis naungan MiG iaitu, Shima Anuar yang membintangi telemovie ‘Abang Sadoku Kekwat’ untuk Hypp Flick Plus, Starhub & Singtel pada 9 Jun ini dahulunya pernah digosipkan bercinta dengan aktor kacak, Arja Lee.

Malah, sebelum ini juga kecoh berita dimana Shima dimasukkan ke hospital gara-gara pola pemakanan yang tak menentu bagaimanapun Shima khabarnya kini beliau sudah pulih sepenuhnya. Alhamdulillah.

“Saya jadi cepat sangat penat dan tak boleh jalan jauh. Selain itu , saya juga cepat nak pitam, pada awalnya saya ingat sebab angin atau tak makan, kemudian saya pergi ke hospital untuk berjumpa dengan doktor. Menurut doktor, darah dalam badan kurang, ujian darah adalah 6.2 sahaja, jika normal mestilah 11. Selepas itu saya terus ditahan dan dimasukkan ke wad selama tiga hari.

“Semasa kejadian saya berada di rumah, mujur pada waktu itu saya tidak menjalani mana-mana penggambaran, kalau tidak sudah pasti saya akan melengahkan masa dan menyusahkan produksi,” ujar Shima sambil tersenyum manis.

Sementara itu, ada juga desas-desus mengatakan pelakon cantik ini kurus disebabkan beliau putus cinta dengan Arja Lee. Eh, betul ke?

“Memang ramai yang cakap saya sudah kurus tapi bukanlah sebab putus bercinta ataupun ada masalah kerja. Kalau saya ada masalah, saya akan makan banyak. Selain itu, rasanya sebab pola pemakanan kerana mahu diet. Mana tidaknya, bila dalam TV tubuh badan kita akan nampak dua kali ganda besar. Sebab itu saya memang nak kurus dan bukan isu putus cinta.

“Saya dengan Arja Lee sampai sekarang masih berhubung dan hubungan kami masih baik. Kalau ada tawaran kerja untuk digandingkan bersama dengan Arja saya ok saja. Saya tahu Arja seorang yang profesional dan boleh atasi semua perkara,” tuturnya.

Ha apapun jangan cepat sangat melatah. Shima kurus disebabkan memang beliau nak diet tapi kepada Shima MiG Online nasihatkan jaga kesihatan tau.

Sumber : Media Hiburan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s