Kemunculan Ramai Pelakon Baru, Jue Aziz Rasa Kian Tersisih

Hai selamat pagi, selamat memulakan tugas-tugas harian. Ada yang monday blues ke pagi-pagi ni?Hihi.. Jom kita layan gosip dulu. Hari ni gosip berkenaan pelakon Jue Aziz yang rasa dirinya tersisih akibat kemunculan pelakon-pelakon baru dalam industri hiburan tanah air ni.

Hmm kenapa Jue cakap macam tu ye? Katanya stesen televisyen terlalu memberi perhatian kepada muka-muka baru dengan bersandarkan kepada wajah yang cantik semata-mata.

“Itulah kesilapan pihak tertentu yang berada di atas yang memilih lebih daripada rupa berbanding kualiti lakonan mereka.

“Mereka meletakkan harga yang rendah dan boleh buat itu dan buat ini, jadi perkara itu beri kesan kepada pelakon seperti kami.

“Bukan bermaksud pelakon lama seperti saya mahal, harga yang kami beri adalah bayaran kepada pengalaman dan kualiti kerja kami,” ujarnya kepada mStar Online.

Namun walaubagaimanapun, Jue berkata dia reda dengan perkara yang dianggap sebagai lumrah dalam industri hiburan ni. Malah selain tu juga, artis baru kini banyak dibantu dengan media sosial untuk mereka naik ke atas.

“Mereka dibantu dengan media sosial yang kuat dan terlalu mudah untuk berada di atas.

“Kalau dulu sangat susah, tapi kesannya populariti yang mereka kecapi tidak lama dan digantikan dengan orang baru pula,” ujarnya.

Apapun, Jue janganlah cepat sangat rasa tersisih, lagipun MiG Online dapat tahu Jue pun sekarang sedang sibuk menjalani penggambaran filem berjudul Mat Moto Otai yang diarahkan oleh Ahmad Idham. See, kira okaylah tu masih ada tawaran lakonan, hihi.. Be positive okay.

Sumber : mStar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s