Creacion Sesuci Lebaran Warnai Aidilfitri Anda

Semalam MiG Online diundang bagi menghadiri pertunjukan fesyen Creacion Sesuci Lebaran 2016 by Siti Nurhaliza di Hotel Royal Chulan. Excited MiG Online nak tengok pertunjukan rekaan-rekaan baju dari penyanyi no.1 negara ni.

Hmm sempena Aidilfitri yang bakal tiba saja tak lama lagi ni, dua koleksi Creacion merangkumi The Pastel Series dan The Premium Series adalah berkonsepkan ready to wear, ha so lepas ni senanglah tak perlu nak tempah-tempah dah, cuma beli dan sarung saja, hihi…

Sebenarnya, kepada yang belum mengetahui Creacion by Siti Nurhaliza mula diperkenalkan pada Mac 2016 menggunakan kata ‘cipta’ sebagai metafora manakala logo pula menggunakan dwi aksara ‘C’ yang bermaksud fesyen seharusnya menjadi refleksi terhadap diri anda atau lebih senang ia seperti cermin laa.

Malah, yang menariknya juga pertunjukkan fesyen kali ni telah menjalinkan kerjasama bersama produk kosmetik SimplySiti yang mana ianya turut diasaskan oleh Dato Siti Nurhaliza sendiri.

Menurut Asyraf Khalid selaku Pengarah Urusan Creacion by Siti Nurhaliza yang juga merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Simplicity berkata :

“Gandingan antara Creacion dan SimplySiti adalah untuk menjadikan wanita Creacion dan seluruh peminat Dato’ Siti Nurhaliza lebih menghargai diri dengan menjaga penampilan dan juga kecantikan.

“Aidilfitri adalah saat yang mampu mencipta memori berpanjangan dan berkekalan. Untuk itu, kesemua koleksi Creacion Sesuci Lebaran 2016 yang dipersembahkan adalah koleksi yang pasti meninggalkan nostalgia dan memberikan pengalaman penggayaan busana yang elegan dan tambah berseri dengan olesan mekap dari kosmetik SimplySiti pada wajah yang akan menyerlahkan penampilan wanita pada pagi Syawal,” kata Asyraf.

Majlis pada petang itu dimulakan dengan persembahan koleksi dari The Pastel Series dimana kesemua koleksi ini dihasilkan dengan tiga elemen utama yang merangkumi eksklusiviti, kesopanan dan keanggunan yang menjadi nadi kepada penstrukturan koleksi Creacion Sesuci Lebaran 2016 ini.

Manakala, segmen kedua disusuli dengan persembahan koleksi dari The Premium Series yang diadaptasi penggunaan material eksklusif import yang cukup berkualiti tinggi dengan perincian exclusive lace sebagai pelengkap gaya busana.

Memang rambang mata MiG Online tengok semalam dengan rekaannya yang sangatlah cantik, eksklusif dan rasa macam nak kena adalah sehelai dua untuk dipakai masa raya nanti,hihi…

Untuk pengetahuan kalian, Dato Siti Nurhaliza terlibat secara keseluruhan dalam perusahaan label fesyen milik beliau ni dimana ia bermula dari pemilihan fabrik sehinggalah ke proses pengeluaran dan pembuatan.

Selain itu, koleksi Creacion Sesuci Lebaran 2016 diabadikan sempena judul lagu popular Dato Siti Nurhaliza sendiri dan ia didatangkan dalam pilihan warna pastel dan vibrant malah ianya sesuai untuk semua peringkat umur wanita.

Pada acara kemuncak pertunjukan fesyen, Dato’ Siti Nurhaliza tampil ke pentas peragaan diiringi seluruh peragawan yang menjayakan pertunjukan fesyen pada petang itu sebagai menutup tirai Creacion Sesuci Lebaran 2016.

Majlis berakhir dengan alunan gemersik suara dari Dato’ Siti Nurhaliza yang mendendangkan lagu Mikraj Cinta dan Lebih Indah khas buat tetamu dan peminat beliau yang hadir pada petang cukup bermakna semalam. Suara Dato’ Siti membuatkan MiG Online berasa begitu terpukau, lunak suaranya masih sama seperti dulu.

Turut menghiburkan tetamu pada petang semalam ialah Tya Ariffin, Sid Murshid dan Hazmil Ceria Popstar yang mendendangkan lagu Sesuci Lebaran bersama Dato Siti Nurhaliza.

Antara artis yang turut hadir adalah Dato Shah Reza, Fara Fauzana, Aliff Satar, Amira Othman, Siti Elizad, Faradhiya, Soo Wincci, Vanidah Imran, Faradhiya dan ramai lagi.

Ha, so lepas ni boleh dah la nak kumpul duit untuk shopping baju raya dari koleksi Creacion Sesuci Lebaran by Siti Nurhaliza ni. Barulah berseri-seri raya nanti,hihi… Jom kita layan gambar sekitar majlis semalam ;

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s