“Saya Tak Terlibat Dalam Kes Saman Search” -Yazit

Kalau sebelum ini kecoh berkenaan penganjur Konsert 35 Tahun Search, AFJets Sdn Bhd telah menyaman kumpulan berkenaan sebanyak RM1.5 juta kerana melanggar kontrak, pasti ramai yang tertanya-tanya adakah pemain drum kumpulan Search iaitu Yazit turut terlibat dalam kes saman ini?

Hm menurut Yazit beliau sama sekali tak terlibat dengan saman berkenaan dan ia hanya ditujukan buat empat lagi anggota Search yang lain.

“Saman itu keputusan AFJets. Saya tidak campur sebab dari awal lagi saya sudah diketepikan. Jadi saya tidak tahu macam mana.

“Saya sudah telefon AFJets, mereka kata saya tidak ada masalah. Masalahnya hanya pada empat yang lain sebab mereka yang tandatangan cek dan perjanjian persefahaman (MOU).

Yazit berkata tindakan pihak AFJets cukup wajar memandangkan kumpulan Search tak bersikap profesional.

“Membatalkan konsert itu sesuatu yang tidak profesional. Mereka ikutkan hati mereka sangat. Sekarang mereka rasalah.

“Kalau mereka (Search) cerita (AFJet) tidak profesional, ketuk kepala mereka sendiri tanya mereka sendiri profesional atau tidak? Belum konsert, duit sudah ambil. Belum konsert, sudah potong nama orang. Mereka sudah pun tunjukkan sikap tidak profesional.

Hmm MiG Online pun taknak komen lebih sebab kita ni tak tahu apa sebenarnya yang terjadi dengan mereka semua ni. Apapun, semoga segalanya dapat diselesaikan secara baik, lagipun 35 tahun persahabatan tu dah terlalu lama, sayanglah kalau terputus begitu saja, kan?

Sumber : Beautifulnara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s