Search Diminta Memohon Maaf Dan Bayar Ganti Rugi RM1.5 Juta Kepada Penganjur Konsert

Hai selamat pagi, rasanya masih belum terlambat untuk MiG Online mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam.

Hmm..hari ni MiG Online nak sentuh sikit cerita berkenaan kemelut yang berlaku di antara kumpulan Search dan Yazit yang mana ia turut membabitkan pihak penganjur Konsert 35 Tahun Search iaitu AF Jets Sdn Bhd.

Pihak AF Jets Sdn Bhd telah membuat sidang media baru-baru ini ingin menyaman kumpulan Search kerana khabarnya kumpulan itu mendakwa pihak penganjur tak mampu untuk mengadakan Konsert Search 35 Tahun dan gagal mematuhi memorandum persefahaman MoU. Oleh itu, Search telah menamatkan kerjasama antara AFJets secara serta merta.

Wah! terkejut MiG Online bila dapat tahu hal ni. Namun, Ketua Pegawai Eksekutif AFJets, Amrul Nizar Anuar menafikan segala tuduhan yang dilemparkan kepada mereka malah beliau juga meminta agar kumpulan Search tampil membuat permohonan maaf.

Selain itu, kumpulan Search juga diminta menuntut ganti rugi sebanyak RM1.5 juta kerana kumpulan itu telah menjatuhkan reputasi AFJets dan menamatkan kontrak kerjasama dengan tidak sah.

“Kami menafikan segala tuduhan dibuat Search pada sidang media ketika mereka mengumumkan penamatan kerjasama dengan kami, baru-baru ini.

“Kami juga sudah menuntut Search memohon maaf secara terbuka dan menarik semua tuduhan dibuat mereka terhadap AFJets menerusi notis yang dihantar wakil peguam kami, semalam (2 Jun). Jika mereka gagal berbuat demikian dalam tempoh ditetapkan, notis saman akan menyusul.

Walau bagaimanapun, pihak AFJets sedang berbincang dengan Ticketpro mengenai pemulangan wang kepada orang ramai yang sudah pun membeli tiket sebelum ini.

Sumber : Beautifulnara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s