Soal Bakal Suami, Apa Kata Sari Yanti?

Siapa yang tak kenal dengan pelakon dan model yang sentiasa cantik dan kelihatan awet muda Sari Yanti ni. Sedar tak sedar sudah 2 tahun beliau bergelar janda dan ramai yang tertanya-tanya Sari Yanti tak nak kahwin lagi ke?

Hmm.. khabarnya Sari Yanti sedang memfokuskan untuk membesarkan dua orang anak lelakinya hasil perkahwinan bersama bekas suami, Mohd Edy Casmadi sebelum mereka disahkan bercerai pada 11 Disember 2014.

“Jujurnya saya sendiri tidak tahu sama ada saya sudah bersedia atau pun tidak untuk berkahwin semula.

“Pada tahap sekarang saya tidak terlalu memikirkan soal perkahwinan kerana sibuk menguruskan anak-anak selain karier juga padat dengan pelbagai aktiviti.

Walau bagaimanapun, Sari Yanti akui bahawa hatinya sunyi dan kadang-kadang terasa memerlukan seorang lelaki namun soal jodoh beliau hanya serahkan saja pada Allah SWT.

“Jika saya belum pernah berkahwin mungkin saya agak risau kerana belum berumah tangga tetapi saya sudah melalui kitaran berkahwin, mempunyai anak dan bercerai. Ada saya terfikir tentangnya tetapi ia sekadar itu sahaja dan tidak terburu-buru pun hendak mencari pengganti.

“Insya-Allah jika ada jodoh pasti saya berkahwin dan menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan Ilahi.

Apapun, MiG Online akan sentiasa doakan kebahagiaan Sari Yanti. Inshaallah satu hari nanti pasti akan ada insan yang sudi menerima diri beliau dan anak-anak seadanya, Allah sebaik-baik perancang. Sabar ye Sari Yanti.

Sumber : Beautifulnara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s