“Cukuplah Majlis Yang Sederhana Saja” -Hazama

Hai selamat pagi. Macam mana dengan puasa hari kedua ni? Masih okay ke? Hihi.. Ha, hari ni MiG Online nak bercerita sikit kisah mengenai penyanyi popular iaitu Hazama dengar-dengar cerita bakal mendirikan rumah tangga bersama pasangannya Genervie Kam selepas Aidilfitri nanti.

Wah! Tahniah MiG Online ucapkan kepada Hazama dan pasangan. Persiapan majlis nanti macam mana ye Hazama? Khabarnya Hazama tak mahu membazir, cukuplah majlis yang sederhana saja. Betul ke?

“Sebenarnya belum ada lagi kata putus untuk menetapkan tarikh dan lokasi yang sesuai. Bagaimanapun, pihak keluarga kami ada berbincang mengenai hal itu. Namun yang pastinya kami akan melangsungkan secara sederhana kerana tidak mahu membazir”

“Bagi saya lebih baik dahulukan yang wajib dan akan dihadiri oleh kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan. Jadi, tentang kahwin ini saya dan pasangan akan fikirkan selepas hari raya”

“Kalau diikutkan di media sosial sudah tersebar luas menyatakan saya akan berkahwin lepas raya, tidak begitu, yang sebenarnya kami akan fikirkan selepas hari raya. Namun saya tidak menyalahkan mereka kerana menulis macam itu, kami anggap ia sebagai positif dan harap ia termakbul,” kata Hazama seperti dipetik daripada portal Media Hiburan.

Selain itu, Hazama berkata Genervie tak mempunyai sebarang masalah untuk berpuasa memandangkan beliau mempunyai ramai kawan yang beragama Islam.

Apapun, kepada Hazama dan pasangan MiG Online ucapkan semoga segala persiapan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segalanya. Aminnn…

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s