“Saya Ingin Dekatkan Diri Dengan Allah Sebelum Nikahi Azwan” -Ezzaty Abdullah

Dengar-dengar sebelum mendirikan rumah tangga ni salah satu persiapan Ezzaty ialah ingin mendekatkan diri kepada Allah. Alhamdulillah, bagus perancangan Ezzaty tu.
Perkara itu juga merupakan nasihat dari kedua orang tuanya yang mahu dia menjadikan Islam sebagai asas kepada keharmonian rumah tangga yang dibina tak lama saja lagi ni.
“Perasaannya tinggal sebulan sahaja sebelum menjadi isteri sukar untuk digambarkan bagaimana dan Insya-Allah saya ingin dekatkan diri kepada Allah.
“Sebulan ini iaitu sepanjang bulan Ramadan saya juga tidak ambil tawaran berlakon untuk berehat di rumah dan buat persiapan akhir sebelum kahwin,” ujarnya kepada mStar Online.
Selain itu, Ezzaty dan Azwan juga belum sedia untuk mendedahkan tarikh sebenar namun hanya merancang untuk mengadakan majlis akad nikah pada Syawal depan.
Malah majlis pula akan diadakan di dua buah lokasi iaitu Kuala Lumpur dan Bentong, Pahang.
Sementara itu, Ezzaty tak menolak sesiapa yang ingin menaja perkahwinan beliau namun beliau khabarnya lebih selesa majlis itu dibiayai menggunakan duit hasil titik peluhnya sendiri.
“Ada beberapa pihak yang tampil untuk menaja tapi saya beri syarat bahawa saya ingin membayarnya separuh.
“Bagi saya lebih elok jika majlis tersebut mengikut apa yang kita mahu bukan mengikut penaja,” katanya.
Apapun, MiG Online doakan semoga peracangan majlis Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segalanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s