Yana Samsudin Keliru Nak Bersalin Dimana

Yana yang juga isteri kepada aktor dan penulis skrip Fadzil Zahari telah pun hamil 8 bulan malah beliau juga tak mengalami sebarang alahan sepanjang hamil ini.

Katanya, lapan bulan yang dilalui berjalan dengan lancar dan kandungannya mula kelihatan sejak memasuki bulan keenam.

“Saya mengetahui bahawa saya hamil pada usia kadungan tiga bulan dan pada masa itu saya rasa terkejut dan sedih kerana tidak menjaga kandungan itu.

“Tiga bulan itu saya banyak lakukan aktiviti termasuk menaiki kapal terbang, saya tidak mengalami alahan membuatkan saya tidak mengesyaki yang saya sedang hamil ketika itu.

“Selepas mengetahuinya saya rasa bersalah dan membuat keputusan untuk berehat sahaja sehingga selamat melahirkan bayi,” ujar Yana.

Sementara itu, Yana apabila ditanya apa persediaan untuk menyambut kelahiran bayi katanya dia hanya membeli baju dan barang keperluan bayi secara sederhana saja.

Malah, tambah Yana lagi beliau kini kurang nafsu untuk membeli belah seperti sebelum ini.

“Saya banyak beli baju bayi sahaja, barang-barang lain tidak beli lagi, setiap kali keluar untuk beli barang saya tidak tahu untuk beli apa dan akhirnya beli baju sahaja.
“Sejak hamil pun saya jarang menghabiskan masa untuk membeli belah sehingga suami saya pun pelik kerana dia tahu saya seorang yang suka shopping,” ujarnya.
Bercakap mengenai jantina anak beliau yang bakal dilahirkan ini, Yana belum bersedia untuk menceritakan kepada umum dan biarlah ia menjadi kejutan.
Hmm..tak sabar pula MiG Online nak tengok cahaya mata sulung pasangan ini, kalau babyboy sudah pastilah hensem seperti bapanya dan kalau babygirl mestilah cantik seperti Yana, hihi.. Apapun semoga Yana selamat melahirkan cahaya mata sulung, banyakkan rest okay.
Sumber : mStar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s