Amar Baharin Punyai Ciri-Ciri Lelaki Idaman Amyra Rosli?

Gosip percintaan di antara Amyra Rosli dan Amar Baharin bukanlah satu perkara asing lagi hinggakan ada yang kata mereka ni sudah bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi.

Namun Amyra tak mahu memberi komen apa-apa dan biarkan saja peminat terus tertanya-tanya.

“Kalau diikutkan Amar adalah lelaki yang paling rapat setakat ini. Dia serius dan bertanggungjawab dan pastinya perkara berkenaan yang membuatkan saya senang bersama dengannya. Saya mahukan lelaki yang ada perancangan masa depan.

“Kita berkawan bukan sekadar berteman sebaliknya perlu ada perancangan tentang masa depan dan dia juga ada perkara itu. Jadi ciri-ciri berkenaan juga yang membuatkan saya selesa bersama dengannya.

Malah, Amyra juga khabarnya selesa dengan Amar memandangkan kedua-dua belah keluarga mereka sudah pun saling mengenali dan Amar sangat menghormati keluarga Amyra.

Walaubagaimanapun, Amyra khabarnya tak kisah jika berkahwin di usia yang muda ini.

“Kahwin muda bukan isu besar memandangkan ibu saya juga bernikah dalam usia yang muda. Apa yang paling penting adalah cara bagaimana untuk melayari kehidupan berumah tangga itu nanti,” ujarnya.

Apapun, MiG Online doakan yang terbaik buat Amyra dan Amar. Semoga kalian dipertemukan jodoh.

Sumber : Beautifulnara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s