Elly Mazlein Dedah Sikap Bekas Suami & Nafi Curang

Walaupun sudah setahun berlalu, punca perceraian Elly Mazlein dan bekas suaminya Azmi Hatta masih menjadi tanda tanya kepada netizen.

Namun, hingga kini mereka masih belum mendedahkan punca sebenar penceraian itu berlaku sehingga ramai pihak membuat andaian Elly berlaku curang kepada bekas suaminya Hmm betul ke?

“Saya mengelakkan publisiti yang tidak mendatangkan manfaat kerana mahu menjaga aib diri dan bekas suami. Bagaimanapun semakin saya berdiam diri, semakin banyak cerita yang tidak betul sampai ke telinga saya. Baru-baru ini saya dapat tahu tersebar fitnah yang kononnya bekas suami menceraikan saya kerana dia ‘tangkap’ saya dengan lelaki lain sewaktu saya menjalani penggambaran untuk sebuah drama di Pulau Langkawi”

“Teringin juga saya nak tahu siapakah lelaki yang ditangkap bersama-sama saya itu? Sedangkan ketika itu, bekas suami datang membuat kejutan di hotel penginapan ketika saya sedang menjalani penggambaran selama sebulan di pulau berkenaan. Sepanjang perceraian saya, bekas suami langsung tidak bertanya khabar sehinggalah Sefhia lahir. Saya yang sedang sarat mengandung memandu sendirian ke hospital pada hari pemeriksaan kandungan”

“Saya melahirkan anak pada 6.35 petang, kira-kira pukul 10 malam, bekas suami sudah sibuk mahu pulang. Sedangkan sebelum itu, dia sudah berjanji untuk menjaga saya hingga selepas habis berpantang. Saya merayu padanya untuk tak tinggalkan saya, tapi tak dilayan,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung punca sebenar penceraian diantara beliau dan suami, Azmi Hatta bercerai kira-kira setahun lalu yang tidak diketahui ramai.

Elly juga turut meluahkan rasa kekecewaan terhadap orang ramai yang pandai membuat andaian sendiri tanpa mengetahui hal sebenar.

Tambah Elly, beliau tak mahu menyimpan dendam  terhadap bekas suaminya itu malah beliau juga halalkan saja wang hantaran RM11,111,11 yang mana sehingga kini beliau belum menerimanya

Hmm.. semoga Elly terus tabah dan sabar melalui segala ujian ini. Kepada netizen MiG Online nak nasihat sikit janganlah cepat sangat berburuk sangka, bulan Ramadhan yang mulia ini tak baik tau buat-buat fitnah ni.

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s