Ameng Spring Bakal Dibebaskan Setelah 5 Tahun Di Penjara

Siapa yang masih ingat dengan nama Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail iaitu vokalis kumpulan Spring yang mana sebelum ini dimasukkan ke penjara akan dibebaskan dalam masa terdekat ini daripada Penjara Kluang.

Isterinya, Sabariah Zakaria dalam masa sama juga tak mahu mendedahkan tarikh sebenar suaminya itu akan dibebaskan dan cuma berharap agar suaminya diberikan peluang untuk meningkat keyakinan diri setelah dibebaskan.

“Berilah Ameng peluang untuk bertenang dan mengembalikan kekuatan dan keyakinan dirinya sehari dua ini. Abang Ameng akan bebas, tapi saya tidak mengesahkan pada mana-mana pihak yang beliau akan dibebaskan esok (hari ini),” katanya.

Ameng sebelum ini telah dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April 2011 kerana kesalahan penyalahgunaan dadah.

Hukuman itu bagaimanapun dipendekkan berikutan kelakuan dan disiplin cemerlang yang ditunjukkannya.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s