Awie Mengaku Tak Bagi Anak Duit

Vokalis Wings, Awie jujur menjawab pertanyaan peguam dalam perbicaraan tuntutan nafkah di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan mengenai beliau memang tak pernah memberi wang untuk perbelanjaan dua anaknya yang kini di bawah jagaan bekas isterinya, Rozana Misbun.

Jelas Awie, sejak Rozana melarikan dua anaknya dua tahun lepas beliau memang tak pernah menjenguk mereka di rumah Rozana. Awie mendakwa rumah itu berpuaka dan ada banyak ‘syaitan’ disebabkan itulah beliau tak menjenguk anak-anaknya.

Malah, beliau juga tak cuba untuk pergi ke kediaman keluarga Rozana kerana keluarga Rozana tidak menyukainya dan pernah dimaki hamun seolah-olah tiada langsung kebaikan dalam diri Awie. Hmm…

“Saya tunggu hari demi hari, bicara demi bicara. Saya harap dapat jumpa anak-anak saya kembali,” katanya. Sementara itu, ketika disoal semula peguamnya Mohd Syafiq Norizan, Awie berkata, dia sentiasa bersedia membelikan barangan keperluan anaknya dengan membawa dua kanak-kanak tersebut keluar membeli-belah bersama.

Dalam tuntutan nafkah anak yang difailkan oleh bekas isteri Awie pada 5 November tahun lalu, Rozana menuntut perbelanjaan makan dan minum serta kelengkapan diri berjumlah RM3,000, kos tempat tinggal (RM1,500) dan bayaran pembantu rumah untuk Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Puteri Qasseh Antasha, 6.

Selain itu, Rozana juga menuntut RM2,000 setiap tiga bulan untuk membeli pakaian, RM1,500 bagi perbelanjaan persiapan persekolahan dan RM3,000 untuk persiapan pakaian sempena perayaan.

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s