Raja Farah Sensitif Sejak Hamil?

Pelakon dan pengacara, Raja Farah yang mana bakal melahirkan cahaya mata sulung pada Ogos depan khabarnya agak sensitif dan manja terhadap suaminya, Iskandar Ismail sejak kebelakangan ini.

Beliau katanya sentiasa inginkan perhatian daripada suaminya dan menganggap perkara itu sebagai pengikat kasih sayang di antara suami isteri.

“Saya tidak menafikan sejak mengandung saya banyak bergantung harap kepada suami sehingga ada ketikanya dia tidak pergi bekerja kerana menemani saya.

“Sikap saya jadi sensitif dan manja tetapi memandangkan kami diberi rezeki awal untuk mendapatkan anak selepas dua bulan berkahwin jadi saya anggap perubahan ini sebagai pengikat kasih di antara kami,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Raja Farah beliau dan suaminya sudah pun mengetahui jantina bayi mereka namun mereka ingin rahsiakan dulu kerana ingin memberi kejutan kepada keluarganya.

Malah, Raja Farah juga tak mempunyai sebarang masalah sepanjang kehamilannya seperti alahan atau mengidam makanan pelik.

“Saya pun pelik juga tidak mengidam seperti mana wanita hamil lain dan teringin juga rasanya hendak rasa perasaan mengidam itu.

“Paling penting saya dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat dan tidak sabar rasanya untuk menunggu kelahirannya,” kata Raja Farah.

Hmm…Baguslah begitu. MiG Online doakan agar Raja farah dan baby yang bakal dilahirkan nanti ni berada dalam keadaan sihat saja. Agak-agak cahaya mata sulung ni ikut muka siapa ye? Hihi…

Sumber : mStar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s