Saharul Ridzwan Dedah Siapa Bakal Isterinya?

Aktor kacak, Saharul Ridzwan yang mana sebelum ini sudah pun akui akan berkahwin selepas Aidilfitri ini tetap tak mahu mendedahkan lagi siapakah gerangan gadis yang bakal menjadi suri hatinya itu.

Hmm.. apa yang Saharul rahsiakan sangat ni ye? Katanya sebab tak mahu nampak terlalu beriya malah tarikh dan lokasi juga masih dirahsiakan juga. Hmm. Perahsia betul Saharul ni, kan?Hihi…

“Cukuplah setakat ini orang tahu yang saya akan kahwin selepas raya nanti. Tarikh atau lokasi memang belum dapat didedahkan hingga masanya tiba. Lagipun saya tidak mahu terlalu beriya-iya kerana kita sekadar merancang, Tuhan yang menentukan.

“Dari segi persiapan segala-galanya hampir selesai malah saya sendiri sudah sedia memikul tanggungjawab sebagai suami terutama dari segi bimbingan kerohanian,” katanya.

Selain itu, Saharul yang mana pernah dikaitkan dengan beberapa pelakon termasuk Mia Ahmad berkata wanita yang berjaya mencuri hatiya ini adalah insan yang sudah lama dikenalinya.

“Identiti atau usianya biarlah rahsia. Apa yang boleh saya katakan adalah orangnya cantik, berbudi bahasa serta berhijab dan selebihnya biarlah diketahui apabila tiba harinya nanti,” katanya.

Hmm perahsia betul Saharul Ridzwan ni ye? Takpe la, MiG Online doakan kebahagiaan Saharul dan semoga segala persiapan berjalan dengan lancar.

Sumber : BH ONLINE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s