Erra Fazira Nafi Bakal Berkahwin Dengan Shahir

Gosip percintaan antara Erra Fazira dan Shahir AF8 masih belum terjawab dan masih menjadi tanda tanya sehingga kini.

Kisah terbaru ni MiG Online dapat tahu mereka berdua bakal berkahwin selepas Aidilfitri nanti. Wahh! Betul ke ni?

Terkejut jugalah MiG Online bila dapat tahu berita ni namun Erra menegaskan berita ini tak benar sama sekali.

“Dulu pun pernah kecoh pasal isu ini tapi tiada apa-apa pun yang berlaku antara kami, bukan? Sama juga dengan spekulasi kali ini. Kalau benar ada rombongan merisik itu, kenapa saya tidak tahu? Sepatutnya sebagai empunya diri saya perlu tahu kiranya di pihak sana berhajat tentang perkara itu.”

“Benar, kami memang berkawan rapat. Adatlah bila berkawan adakalanya akan melalui fasa-fasa seterusnya dan apa fasa-fasa itu biarlah saya sendiri yang simpan. Berkongsi sesuatu yang masih tidak pasti ianya jadi tidak manis. Jadi saya tak nak komen lebih.

Malah, Erra juga akui yang mereka memang berkawan rapat dan sering bertanya khabar.

“Sebagai kawan, bukanlah sesuatu yang pelik untuk  kami bertanya khabar  dan saya harap perkara ini tidak perlu dijadikan isu. Begitu juga soal Shahir menyepi kebelakangan ini. Ia tiada kaitan dengan saya kerana sebelum kenal saya lagi, Shahir sudah ambil sikap untuk lebih low profile,” tambahnya.

Hmm mungkin mereka perlukan masa untuk berterus terang mengenai hal ini. Lagipun, peminat hanya ingin melihat anda bahagia dan mendoakan yang terbaik buat anda.

Sumber : Beautifulnara

One thought on “Erra Fazira Nafi Bakal Berkahwin Dengan Shahir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s