Kafe Nora Danish Ditutup Sebab Tak Mampu Bayar Sewa?

Ada ura-ura mengatakan pelakon cantik, Nora Danish menutup kafe kopi miliknya iaitu Kopi & XOXO di Bangsar kerana tak mampu bayar sewa bulanan. Hmm betul ke ni Nora?

Nora bagaimanapun menafikan perkara itu sebaliknya penutupan kafe berkenaan kerana menumpang pada lot kedai yang mengusahakan butik  yang sudah tak lagi beroperasi.

“Sebenarnya bukan tak mampu bayar seperti didakwa tetapi perniagaan utama di bangunan itu iaitu butik Rumoda sudah tidak lagi beroperasi.”

“Apabila Rumoda keluar, tidak berbaloi untuk kafe kami meneruskan perniagaan di situ kerana tempat itu yang juga sebuah rumah tak sesuai untuk berniaga.”

“Itu sebenarnya punca Kopi & XOXO ditutup dan bukannya kerana tak mampu bayar sewa,” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, tambah Nora sebagai ganti penutupan kafe di Bangsar itu, beliau telah membuka dua cawangan Kopi & XOXO di Taman Tun Dr Ismail dan Bangi baru-baru ini.

Nora juga sekarang katanya banyak menghabiskan masa di kafe untuk promosi makanan dan minuman untuk menarik lebih ramai pelanggan datang ke kafenya.

“Jika benar kami tidak mampu bayar sewa, tidak mungkin saya bersama rakan kongsi lain berani buka dua cawangan sekali gus.”

“Alhamdulillah ia permulaan baik dan sambutan diberikan pelanggan juga cukup menggalakkan terutamanya di Bangi.”

“Saya memang sibuk menguruskan kafe buat masa ini sehingga masa bersama keluarga juga agak terhad,” jelasnya.

Hm.. bagus betulkan Nora ni selain sibuk dengan kerjaya lakonan beliau juga pandai berniaga. Malah, selain kafe kopi ini Nora juga mempunyai butik tudung yang diberi nama ND by OWL. Apapun MiG Online doakan semoga Nora Danish terus sukses dengan perniagaan yang diceburinya.

Sumber : mStar

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s