“Keluarga Restui Hubungan Kami” -Shahir

Kalau semalam Erra Fazira menepis gosip percintaan beliau dan Shahir AF8, hari ini Shahir pula tampil memberi kenyataan terhadap gosip itu. Malah Shahir turut akui bahawa hubungan mereka direstui keluarga.

“Kami belum tetapkan tarikh. Cerita yang bertebaran itu bukan daripada kami berdua. Kita tak tahu apa yang akan terjadi selepas ini. Doa yang baik-baik sahaja. Insya-Allah. Selama inipun, saya kasihankan Erra kerana selalu menjawab setiap spekulasi yang timbul kerana saya tidak ada di ibu kota.”

Hmm.. Kalau keluarga pun dah setuju, maknanya mereka berdua ni memang bercinta ke macam mana? Hihi..

“Selama ini, saya bukan mahu mengelak. Mungkin kini sudah sampai masanya untuk saya sedikit terbuka mengenai hubungan kami. Lagipun keluarga kami sudah bersetuju secara lisan. Jadi memang tak ada halangan dan masalah untuk saya sendiri mengambil peranan memikirkan ke fasa yang lebih serius ,” katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, Shahir hanya serahkan segala yang berlaku kepada Tuhan samada mereka ditakdirkan berkahwin tahun ini dan beliau juga berharap peminat terus mendoakan mereka. Tambah Shahir, beliau akan kembali membuat comeback namun di dalam bidang yang berbeza daripada nyanyian. Bidang apa? Nanti sama-sama kita saksikan.

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s