“Rezeki Semua Di Tangan Tuhan” -Saharul Ridzwan

Sehingga kini, aktor kacak Saharul Ridzwan masih berteka-teki mengenai hari perkahwinannya malah ada ura-ura berkata populariti Saharul bakal merudum selepas berkahwin, hmm yeke?

Namun, Saharul menjelaskan bahawa beliau tak merasakan popularitinya akan jatuh dan beliau yakin peminat pasti akan sentiasa menyokongnya.

“Tidak terfikir pun peminat akan berbuat begitu kerana status seseorang artis itu sendiri. Bagi saya mereka semua sudah bijak menilai. Rezeki semua di tangan Tuhan, kalau tak ada rezeki dalam berlakon mungkin rezeki dalam bidang lain,” katanya yang turut sibuk berniaga biskut raya serta serunding yang dibawa khas dari Kelantan.

Apapun, Saharul tetap tak menjawab persoalan mengenai bila dan siapakah yang bakal menjadi suri hatinya itu nanti. Hmm pandai betul Saharul ni simpan rahsia, kan? Hihi.

“Kita hanya merancang Allah yang akan tentukan. Mungkin hujung tahun ini, mungkin seminggu lagi atau mungkin esok,” katanya sambil berseloroh.

Pandai Saharul bergurau. Hurm apapun MiG Online doakan semoga segala persiapan perkahwinan Saharul dan pasangan berjalan dengan lancar.

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s