Awie Bertunang?

Selepas beberapa kemelut melanda vokalis Wings, Awie mengenai kisah rumah tangganya dengan bekas isteri beliau, Rozana Misbun. Hari ini industri hiburan tanah air dikejutkan pula dengan berita mengenai Awie telah bertunang dengan salah seorang wanita bernama Sharifah Ladyana dimana gambar pertunangan itu telah pun tersebar luas di media sosial.

Wahh! Ini memang betul-betul berita yang memeranjatkan. Selepas tersebarnya beberapa keping gambar wanita itu yang turut dikenali sebagai Lady diapit oleh kedua anak Awie, Putri Leeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha didalam sebuah majlis pertunangan bagaikan sudah menjawab persoalan yang timbul.

Malah, memetik sumber Berita Harian majlis pertunangan pasangan itu diadakan secara tertutup di Hotel Vistana Pulau Pinang, Bukit Jambul pada 3 Jun lalu dan hanya dihadiri keluarga kedua belah pihak dan ahli kumpulan Wings.

Selain itu, wanita itu juga bekerja di sebuah syarikat penerbangan dan mereka sudah mengenali sejak beberapa tahun lalu. Disebabkan sifat penyayang Lady terhadap anak-anak Awie membuatkan Awie tertarik untuk menjadikan wanita itu sebagai suri hatinya.

Walau bagaimanapun, ada dakwaan mengatakan yang Awie dan pasangan bakal melangsungkan pernikahan pada hujung tahun ini juga.

Apapun, hingga kini Awie masih belum tampil untuk memberi penjelasan. Namun jika benar berita ini, kami MiG Online mengucapkan tahniah kepada Awie dan Lady semoga ikatan pertunangan ini berakhir ke jinjang pelamin dan kekal bahagia hingga Jannah.

Sumber : Rotikaya

One thought on “Awie Bertunang?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s