“Pertama Kali Bertemu Dapat Rasakan Dia Jodoh Saya” -Julia Ziegler

Dari mata turun ke hati. Ha itulah pepatah yang sesuai buat Julia Ziegler dimana beliau telah jatuh cinta pandang pertama sejak bertemu dengan bakal suaminya iaitu seorang jurutera kimia yang hanya dikenali dengan nama Johan.

Mereka yang dikatakan bakal menamatkan zaman bujang pada tahun ini juga dikatakan telah bertemu dengan keluarga kedua belah pihak dan kini sedang sibuk untuk memilih tarikh yang sesuai bagi mengadakan majlis perkahwinan itu.

“Insya-Allah saya akan berkahwin tidak lama lagi. Semuanya masih dalam perancangan dan tarikh yang sesuai belum ditetapkan lagi. Kami merancang untuk melangsungkannya pada tahun ini atau selewatnya awal tahun depan”

“Kami jumpa buat pertama kali di sebuah restoran. Kami mula berkenalan dan sejak itu saya dapat rasakan dia adalah jodoh saya. Boleh dikatakan saya jatuh cinta pandang pertama. Dia mempunyai ciri-ciri lelaki yang saya suka”

“Dia seorang yang memahami, berbudi bahasa, penyayang, ambil berat dan tampan sebagai bonus,” cerita Julia kepada portal Insta Online.

Apapun, MiG Online doakan semoga majlis persiapan dan majlis perkahwinan Julia dan pasangan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s