Adira Redha Suami Beraya Rumah Isteri Pertama

Hai selamat pagi. Salam Nuzul Al Quran. Hm sedar tak sedar kurang 2 minggu saja lagi kita akan meraikan Aidilfitri. So, korang dah plan ke nak beraya dimana tahun ni? Bagi yang dah berkahwin pasti pening kan fikir nak beraya di rumah sebelah pihak suami atau isteri. Hm.

Namun berbeza buat penyanyi Adira dimana tahun ini merupakan tahun pertama beliau beraya sebagai status seorang isteri kepada Dato Seri Adnan Abu tapi beliau redha kerana raya tahun ini suaminya akan menyambut Aidilfitri bersama isteri pertama dulu.

“Sebagai isteri kedua saya memahami situasi suami. Ia bukan masalah besar buat saya kerana masih dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Ranau, Sabah. Walaupun ini tahun pertama kami beraya sebagai pasangan suami isteri, saya reda dan akur”

“Tambahan pula beberapa hari selepas itu suami akan pulang ke Sabah dan meraikannya dengan saya dan keluarga pula,” jelas Adira yang berkahwin dengan suaminya pada 3 Disember 2015 kepada Malay Mail Online.

Berkongsi mengenai juadah makanan sepanjang Ramadhan, Adira begitu teruja apabila dapat menyediakan makanan sahur dan berbuka untuk suami walaupun beliau tak pandai memasak dan itu bukan 1 isu untuk beliau tidak ke dapur.

“Walaupun tak pandai memasak, saya tetap mencuba. Sekurang-kurangnya suami dapat merasa air tangan saya. Sedap atau tak itu belakang kira. Buat masa sekarang saya masih dalam proses belajar memasak,” jelasnya.

Sumber : malay mail online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s