Erra Fazira Sempurna Di Mata Shahir, Usia Bukan Penghalang

Baru-baru ini kecoh berita tentang pelakon, pengacara dan penyanyi cantik, Erra Fazira bakal bertunang dengan juara Akademi Fantasia 8, Shahir namun hal itu dinafikan oleh Erra sekerasnya. Hmm…

Meskipun Erra menafikan, kini Shahir tampil membuat pengakuan yang beliau dan Erra memang sedang mengenali hati budi masing-masing dan hubungan mereka telah direstui kedua-dua belah keluarga. Eh betul ke ni?

Melalui portal Kosmo Online, Shahir mengaku yang mereka hanya berkawan atas sebab kerja tapi kini mereka mula menjadi akrab dan sering berbalas mesej.

“Memang benar, kami mula berkawan sejak dua tahun lalu tetapi tidak mempunyai sebarang perancangan serius seperti berumah tangga dalam tempoh terdekat ini. Pada awalnya kami saling berhubung disebabkan atas dasar kerja. Saya mula menghantar khidmat pesanan ringkas kepadanya dan bermula dari detik itu, kami saling berbalas mesej.”

Shahir juga berkata, jarak usia 14 tahun antara mereka tidak menjadi penghalang untuk mereka saling mengenali dan khabarnya Erra seorang wanita yang sempurna dan matang di mata Shahir.

“Ia hanya satu angka dan tidak memberi sebarang kesan atau menggambarkan kematangan dan personaliti individu tersebut. Dalam rukun perkahwinan turut tidak meletakkan sebarang syarat atau garis panduan mengatakan pasangan perlu berkahwin dengan pasangan seusia. Selain itu, pasangan yang berkahwin seusia belum tentu menjamin kebahagiaan.”

“Dia merupakan seorang wanita yang matang, penuh dengan sikap keibuan dan berdikari. Selain itu, Erra juga mempunyai ciri sempurna sebagai seorang wanita.”

Malah, apabila ditanya adakah hubungan mereka ini akan ke fasa seterusnya seperti bertunang dan berkahwin namun Shahir hanya serahkan segala ketentuan pada Takdir.

“Semuanya bergantung kepada ketentuan Ilahi kerana ini semua urusan Tuhan dan biarlah takdir menentukan. Umum hanya perlu tunggu dan lihat serta doakan yang baik-baik buat kami,” ujar Shahir.

Hmm Shahir pun seperti sudah mengaku tapi apa pulak kata Erra ye? Mungkin Erra perlukan masa untuk menjelaskan tentang hal ini. Apapun bagi MiG Online umur tu tak jadi penghalang yang penting masing-masing saling memahami dan selesa bersama.

Sumber : Kosmo Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s