Nas T Terima Berita Dari Isteri

Hai.. selamat pagi dan salam Ramadhan. Hm sejak dua menjak ni kita sering dengar ramai di antara selebriti tempatan hamil. Murah rezeki masing-masing, kan? Hihi… Kini, DJ Nas T pula berkongsikan berita gembira mengenai isterinya Atita Haris yang kini sudah pun hamil 3 bulan.

Berita ini dikongsikan oleh Nast T melalui video yang dimuat naik di media sosialnya. Beliau telah memuat naik video yang menunjukkan imbasan ultrabunyi yang dilakukan keatas wanita mengandung pada awal minggu kehamilan dan nama Atita jelas kelihatan pada skrin imbasan berserta hashtag #3months6days. Namun selepas itu, Nas T bertindak memadam video itu dari laman sosialnya.

Walau bagaimanapun, mereka yang sempat menonton video tersebut semuanya gembira dan kini akaun Instagram Atita dipenuhi dengan ucapan tahniah malah ada yang tak sabar nak lihat cahaya mata pertama pasangan ini.

Apapun, MiG Online ucapkan tahniah kepada Atita Haris dan Nas T selepas mendirikan rumah tangga pada awal Januari lalu mereka kini bakal menimang cahaya mata pertama. Kepada Atita MiG Online nasihatkan jaga kesihatan dan semoga segala urusan melahirkan bayi pertama ini dipermudahkan oleh-Nya.

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s