Aktiviti MiG Artis Sepanjang Ramadhan Ini

Alhamdulillah sedar tak sedar hari ni dah masuk hari ke 19 kita berpuasa. Macam mana dengan aktiviti puasa korang? Pasti ramai yang berkejar-kejar untuk mengumpul pahala pada bulan mulia ni.

Ha, hari ni MiG Online nak share kat korang mengenai aktiviti MiG artis kesayangan korang sepanjang Ramadhan ini. Nak tahu apa aktiviti mereka? Jom tengok :

Siapa yang tak kenal anak kepada chef terkenal iaitu Serina Redzuawan. Ha, kalau nak tahu Serina ni selain berbakat dalam bidang lakonan, beliau juga mewarisi kepakaran pandai memasak seperti ayahnya. Pada bulan Ramadhan ni Serina sangat rajin berbisnes dengan membuat kuih raya antaranya tart nenas, cakar ayam, crunchy seaweed dan pelbagai lagi. Selain kuih raya, Serina juga ada buat tempahan lauk berbuka seperti masak lemak ketam dan dendeng berlado. Ha kalau nak try bolehlah beli atau tempah di Instagram @serinasimplydelicious.

Selain itu, kepada peminat yang rindu nak tengok Serina berlakon. Jangan lupa saksikan kemunculan Serina dalam filem terbarunya iaitu Zack Kapcai yang akan menerjah pawagam berhampiran anda pada 14 Julai ini. Tengok jangan tak tengok,hihi..

Ha, ini pula salah seorang artis MiG yang kini sedang meningkat naik iaitu Afiera Riana. Afiera yang membintangi telemovie PA Encik Monster dan filem 99 Kali Rindu turut pandai berbisnes. Selain berlakon, Afiera menghabiskan aktiviti Ramadhan beliau kali ini dengan menjual nasi ayam penyet di Bazaar Melawati. So, kalau nak jumpa Afiera jom laa ke Bazaar Melawati. Sambil beli boleh bergambar,hihi…

Siapa yang tak kenal dengan Azwan Kombos, tak lama lagi Azwan bakal mendirikan rumah tangga dengan model dan pelakon cantik, Ezzaty Abdullah. Walaupun sibuk membuat persediaan kahwin, Azwan masih berkesempatan membuat kerja amal dengan melawat rumah orang tua di Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas bersama team MiG Online. Ha baguslah begitu, sesibuk mana pun Azwan tak lupa untuk mengumpul pahala di bulan mulai ini. Apapun kepada Azwan, MiG Online nasihatkan jaga kesihatan ye, hari bahagia semakin hampir semoga segalanya berjalan lancar.

Ha, seterusnya siapa yang tak kenal dengan maharajalawak sorang ni, Vicha Say Who. Aktiviti Vicha pula sepanjang bulan Ramadhan ini beliau turut berkesempatan menziarahi orang-orang tua di Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas, Puchong bersama team MiG Online. Kehadiran Vicha ke sana turut menghiburkan hati orang-orang tua itu.

Ini pula Syerinie Myra artis MiG yang sedang mencipta nama di industri hiburan. Syerinie juga turut berkesempatan menghabiskan aktiviti berfaedah sepanjang bulan Ramadhan ini dengan menziarahi anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Limpahan Kasih.

Ha… setakat ni itulah dulu aktiviti MiG artis kita. Apapun Alhamdulillah, MiG Online doakan moga-moga aktiviti sesama kita sepanjang Ramadhan ini akan lebih bermakna dan diterima oleh-Nya. InsyaAllah. :)

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s