Erra Fazira Mengaku Juga

Setelah pelbagai penafian yang dibuat oleh Erra Fazira mengenai hubungannya dengan Shahir, hari ni terjawab sudah gosip yang mana akhirnya Erra mengaku mereka berdua memang mempunyai hubungan istimewa.

Erra menjelaskan beliau merasa lega apabila Shahir sendiri sudah buka mulut namun mengenai berita yang mereka bakal bertunang dan kahwin selepas Aidilfitri ini adalah khabar angin semata-mata.

“Sebenarnya, dia (Shahir) yang patut membuka mulut dalam perkara ini kerana dia lelaki. Tetapi, setelah dia menyatakan perkara sebenar mengenai perhubungan kami bermakna dia benar-benar serius. Apapun, saya berasa lega kerana ibaratnya separuh beban saya sudah diluahkan oleh dia”.

“Namun, dakwaan yang mengatakan kami akan bertunang atau berkahwin selepas hari raya ini sama sekali tidak benar. Saya tidak mahu tergesa-gesa membincangkan soal berumah tangga kerana masih terlalu awal dan belum lagi memasuki fasa seterusnya,” ujar Erra.

Pada masa sama, hubungan mereka juga memang telah mendapat restu keluarga Shahir tapi masih belum ada sebarang perbincangan dari kedua-dua pihak.

Malah, Erra juga berkata sekiranya Shahir adalah jodoh beliau, Erra berharap ini adalah perkahwinannya yang terakhir.

“Saya belum lagi memberitahu ibu saya mengenai perhubungan ini. Insya-Allah, kalau ada jodoh, saya mengharapkan perkahwinan kali ini yang terakhir dan kekal selamanya.

Ha, akhirnya terjawab sudah gosip percintaan Shahir dan Erra ni. Hihi.. Yelah, sudah pasti Erra memerlukan masa untuk berterus-terang hal ini. Apapun MiG Online doakan semoga kalian berdua dipertemukan jodoh,Aminn.

Sumber : Beautifulnara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s