Hamil 4 Bulan, Jadual Yatt Hamzah Agak Padat

Hai selamat pagi dan salam Ramadhan. Sedar tak sedar Ramadhan dah pun nak melabuhkan tirainya, Aidilfitri pula bakal menyusul tak lama lagi. Macam mana dengan persiapan Aidilfitri korang? Hihi…

Screen Shot 2016-05-16 at 10.38.37 AM

Okay, ni MiG Online nak cerita sikit mengenai pelakon dan pengacara Yatt Hamzah yang mana kini sedang hamil 4 bulan hasil perkahwinan keduanya bersama seorang juruvideo, Mohammad Zulfadhli Khiruddin pada Februari lalu.

Walau bagaimanapun, Yatt akui yang jadual hariannya agak padat sepanjang Ramadhan ini.

“Seperti tahun-tahun sebelumnya, saya memang membataskan aktiviti seni kerana mahu memberikan fokus terhadap bulan Ramadhan. Saya cuba untuk mempertingkatkan amal ibadah dan saya mahu mengejar kebaikan Ramadhan kerana ianya penghulu segala bulan.”

Screen Shot 2016-06-29 at 10.47.38 AM

“Selain itu, saya turut sibuk menguruskan perniagaan, Succi by Yatt Hamzah. Kesihatan saya juga kadang-kadang tidak mengizinkan kerana kehamilan kedua ini. Saya merupakan seorang wanita yang aktif, tetapi tahun ini kehamilan membataskan sedikit pergerakan saya.”

“Walaupun sibuk, saya tidaklah aktif ke sana sini,  berlari-lari, naik turun tangga seperti dulu kerana saya ingin menjaga kandungan,” kata Yatt kepada Astro Gempak.


Screen Shot 2016-06-29 at 10.40.35 AM

Selain itu, Yatt berkata tahun ini adalah Ramadhan dan Aidilfitri pertama beliau sambut bersama suaminya dan syukur kerana suaminya seorang yang sangat ringkas.

“Suami saya seorang yang sederhana. Dia suka makan masakan saya dan tidak kisah dengan juadah berbuka. Tahun ini saya bakal menyambut Syawal di kampung halaman suami yang terletak di Pengkalan Chepa, Kelantan,” katanya yang ditemui di majlis Himpunan Artis Sayang Al-Quran (HASA) pada Isnin.

Bertindak sebagai salah seorang ahli jawatankuasa bagi penganjuran HASA 1.0 , Yatt bersama ahli Usrah Fitrah menjemput ramai rakan artis untuk mengimarahkan majlis yang telah berlangsung di Menara Felda, Persiaran KLCC.

Screen Shot 2016-06-29 at 10.39.14 AM

“Ini adalah penganjuran pertama HASA 1.0 dan ia diadakan sempena kehadiran bulan Ramadan. HASA 1.0 merupakan sebuah acara yang menghimpunkan ramai artis dan penggiat seni yang telah #berikanmasa untuk sama-sama mengangkat Al-Quran.”

“Kebanyakan artis mempunyai pengaruh yang besar di media sosial dan kehadiran mereka di HASA 1.0 diharapkan mampu untuk memberikan impak positif kepada diri sendiri dan pengikut mereka di media sosial mengenai kebaikan kitab suci Al-Quran,” katanya.

Apapun, kepada Yatt MiG Online nasihatkan semoga Yatt jaga diri dan kesihatan ye, tengah hamil tu banyak-banyakkan rehat taw.

Sumber : Astro Gempak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s