Ezzaty Abdullah Elak Jumpa Azwan Kombos Sebulan?

Pasangan tunang sama cantik sama padan, Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah mengambil pendekatan untuk tak bertemu antara satu sama lain dalam tempoh sebulan ini. Ia adalah bagi mencegah sesuatu yang buruk daripada berlaku dalam hubungan mereka.

screen20shot202016-06-3020at209-19-3620am_zpsqvnngqer

Ha elok sangatlah tu, lagipun orang tua-tua dulu pun pernah berkata kalau tengah berdarah manis tu tak elok berjumpa selalu. Malah, ibu dan nenek Ezzaty juga khabarnya banyak memberi nasihat untuk mengekalkan perkahwinan yang baik.

“Kata orang, tidak elok berjumpa selalu ketika darah manis dan saya sendiri memang mahu mengelakkan kami daripada berjumpa pada saat-saat akhir sebelum dinikahkan. Maklumlah, dalam masa terbabit macam-macam boleh jadi kalau jumpa selalu. Jadi, kami mahu elakkan sebarang perkara buruk yang mungkin boleh terjadi”

screen20shot202016-06-3020at209-19-1320am_zps4vr6q9vc

“Saya rasa, apabila orang tua memberi nasihat mengenai tips perkahwinan, kita perlu mengambil ilmu itu dengan serius kerana mereka lebih tahu mengenai asam garam rumah tangga. Saya harap segala nasihat yang diberi dapat saya laksanakan dengan baik,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung persiapan perkahwinan mereka.

screen20shot202016-06-3020at209-18-1320am_zps4oqyik4g

Pasangan ini bakal melangsungkan pernikahan pada 16 Julai ini di kediaman keluarga Ezzaty di Pahang. Manakala keesokan harinya, akan diadakan pula majlis resepsi bagi meraikan pernikahan mereka di Kuala Lumpur. 

Apapun, MiG Online ucapkan semoga persiapan perkahwinan Azwan dan Ezzaty berjalan dengan lancar.

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s