Asal Usul 3 Menu Wajib Aidilfitri

Hai..Assalamualaikum…Salam Ramadhan & Salam Aidilfitri. Hari Raya Aidilfitri hanya tinggal beberapa hari saja lagi bakal menjelma. Macam mana dengan persiapan Aidilfitri korang?

Sudah pasti ramai yang sedang fikirkan menu apa yang nak disediakan nanti. Ha ni MiG Online nak share sikit kat korang mengenai juadah wajib di hari raya dan sejarah disebaliknya. Yelaa selama ni kita tahu makan je tanpa ketahui sejarah sesuatu makanan tu, kan? Hihi…

MiG Online nak share dengan korang 3 menu wajib yang sering dihidangkan semasa Raya Aidilfitri, apa menu wajib tu? Jom baca :

  1. Ketupat

Ketupat adalah salah satu menu yang tak asing lagi di saat tibanya hari perayaan tak kiralah Aidilfiri mahupun Aidiladha. Ianya sejenis makanan yang dibungkus dengan daun kelapa muda atau daun palas. Ermm tapi korang tahu tak dimana asal usul ketupat ini? Menurut sejarah, ketupat ditemui pada tahun 1700 dan diilhamkan oleh insan bernama Sunan Kalijaga.

Masa tu, beliau perkenalkan makanan ini di tanah jawa. Simbolik pada pemakanan yang dicipta ini adalah menunjukkan kebersihan dan kesucian hati untuk memohon ampun maaf kepada sesama manusia setelah kita berpuasa selama sebulan. Ia juga menunjukkan perpaduan antara sesama bangsa dan juga insan tanpa mengira agama.

Ketupat ini kita boleh dijumpai di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan juga Filipina. Nama lain bagi ketupat adalah Kupat, bugnoy, tipat, katupat dan juga puso. Walaupun makanan ini nampak biasa tetapi ia sangat simbolik dan ada maksud tertentu.

Malah, kaedah membuat ketupat ini juga bukanlah sesuatu yang mudah sebab ia memerlukan kesabaran, kreatif malah berseni. Hal ini kerana ketupat perlu dianyam dan ia mempunyai cara dan langkah-langkah membuatnya dimana sekarang ni jarang sekali kita dapat tengok golongan remaja nak buat.

Selain itu, ketupat daun palas juga mempunyai pelbagai jenis antaranya ialah ketupat daun palas jagung, ketupat daun palas pulut hitam dan ketupat daun palas kacang dimana ia sangat terkenal di negeri Kedah dan Kelantan.

  2. Lemang

Biarpun bermacam kuih muih, sama ada kuih moden atau tradisional dihidangkan kepada tetamu di hari raya, tidak lengkap rasanya jika tiada lemang sebagai hidangan wajib bagi menyambut satu syawal. Raya dan lemang sangat sinonim bagi warga negara Malaysia. Lemang dan raya seolah-olah baju Melayu dan butangnya. Tiadalah cantik berbaju Melayu sekiranya tiada butang yang melengkapi. Ha, itulah ibaratnya, hihi…

Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan lepas tu ia akan dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik daun pisang. Kaedah memasak menggunakan buluh merupakan kaedah kaum asli memasak di Malaysia. Lemang juga merupakan makanan kegemaran kaum asli Malaysia seperti kaum Negrito dan suku Semai.

  3. Rendang 

Orang kata makan lemang dan ketupat tanpa rendang macam tak lengkap. Ha ni MiG Online nak share sikit asal usul rendang. Rendang ni ada pelbagai jenis antaranya rendang ayam, rendang daging, rendang kerang dan pelbagai lagi. Kalau nak tahu, rendang berasal dari Sumatera khususnya Minangkabau. Bagi masyarakat Minang sendiri rendang ni memang sudah dijadikan masakan tradisi untuk pelbagai acara serta makanan seharian.

Setelah sekian lama, masakan tradisi rendang mula berkembang ke kawasan serantau berbudaya Melayu seperti Mandailing, Riau, Jambi, hingga ke negeri seberang di Negeri Sembilan yang banyak dihuni perantau asal Minangkabau. Sebab itulah rendang ini terkenal di Sumatera dan Semenanjung Malaysia.

Ha, kalau nak tahu rendang juga disebut dalam kesusasteraan Melayu klasik seperti Hikayat Amir Hamzah yang membuktikan bahawa rendang sudah dikenali dalam seni masakan Melayu sejak 1550-an (pertengahan abad ke-16).

*Okay, itu jela yang MiG Online share setakat ni. Haih tak sabar pula rasanya nak beraya, kan? Hihi.. Namun, kadang-kadang terlintas juga di fikiran ni adakah makanan tradisi ini akan semakin luput dek zaman? Hmm.. Harapnya ia terus diwarisi hingga ke generasi seterusnya. Inshaallah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s