Siapa Zack Kapcai?

Hai.. masih ada yang sibuk beraya ke? Raya raya jugak, blog MiG Online ni jangan lupa baca, hihi.. Okay kali ni MiG Online nak share kat korang mengenai filem MiG yang bakal muncul di pawagam seluruh tanah air pada 14 Julai ni iaitu Zack Kapcai.

Ha, MiG Online pasti korang takkan rugi punyalah tonton filem ni apatah lagi gandingan pelakon-pelakon hebat yang mana datangnya dari Maharaja Lawak Mega iaitu Fad Bocey, Rahim Sepahtu, Syuk SYJ dan juga artis MiG, Serina Redzuawan siapa yang tak kenal beliau anak kepada chef terkenal Datuk Chef Wan dan bintang yang sedang meningkat naik iaitu Julia Marin.

MiG Online pasti geng-geng kapcai dan geng-geng motor di luar sana pasti tak sabar nak terjah pawagam untuk lihat siapa Zack Kapcai ni, kan? Hihi..

Okay sebelum tu jom kita baca sikit sinopsis mengenai filem ini :

“Zack Kapcai adalah sebuah filem yang mengisahkan seorang lelaki bernama Zack yang sangat suka lumba motor. Namun, minat Zack ini ditentang keras oleh ibunya Minah. Semasa kecil Zack terpisah dengan ayah kandungnya iaitu Rudy yang pernah digelar Raja Kapcai pada suatu ketika dahulu. Tapi disebabkan gelaran Raja Kapcai itulah rumahtangga Rudy dan Minah berkecai. Namun, segalanya berubah apabila Zack terjumpa poster lama Rudy dan Minah dengan kapsyen “Raja Kapcai Akhiri Zaman Bujang”. Zack jadi teruja bila mengetahui bahawa bapanya sendiri adalah Raja Kapcai. Zack bertekad untuk menjejaki ayah dan adik kandungnya yang telah lama terpisah. Dengan deraian air mata dan berat hatinya, Minah mengizinkan Zack pergi. Minah mengeluarkan motosikal lagenda Raja Kapcai yang selama ini disorokkannya. Zack semakin teruja dan bersemangat untuk meneruskan misinya. Adakah berjaya misi Zack itu?

Nak tahu selanjutnya jomlah nanti kita terjah pawagam 14 Julai ini. Sebelum tu jom tengok promo dulu :

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s