SAYA TIDAK PERNAH TERNIAT MENGHINA SENIMAN AGUNG TAN SRI P. RAMLEE

tan-sri-p-ramlee-5843

Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee tiada galang ganti sebagai seorang insan seni yang ‘multi talented’. Saya sebagai Penerbit sangat mengkagumi karya-karya beliau yg ‘tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas’.

Saya sentiasa berpesan kepada artis-artis dan pengarah di bawah naungan syarikat saya supaya sentiasa berdisiplin dan berilmu supaya tidak menjadi mangsa tipu daya golongan yang ingin mengambil kesempatan.

Saya dengan ini menafikan dan tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang tersebar sekarang di media. Tidak juga terdetik sedikit pun untuk menidakkan apatah lagi menghina Seniman Agung Tan Sri P Ramlee dan karya-karya beliau.

Saya yakin ini semua adalah salah faham dan salah tafsir pihak yang mendengar dan menulis artikel ini.

Namun, saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua terutamanya kaum keluarga Seniman Agung Tan sri P. Ramlee dan seluruh penggiat seni tanah air yang terguris dengan isu yg sedang diperkatakan sekarang.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas dari,
David Teo
10 Julai 2016
Beijing, China

One thought on “SAYA TIDAK PERNAH TERNIAT MENGHINA SENIMAN AGUNG TAN SRI P. RAMLEE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s