Ashraf Muslim Enggan Selfie Dengan Wanita Bukan Mahram

Enggan berselfie dengan wanita bukan mahram, Ashraf Muslim khabarnya ingin menjaga batas pergaulannya dan hingga kini beliau tetap dengan pendirian untuk tak bergambar dengan wanita bukan mahram.

“Apabila menolak, pasti saya akan dilabel sombong. Namun saya memohon maaf kepada sesiapa yang terasa tetapi saya mengharapkan peminat memahami permintaan saya,” katanya kepada BH Plus dan menyatakan bahawa tindakannya itu adalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah.

Tambah Ashraf, sewaktu beliau menunaikan umrah ada insiden dimana seorang wanita berusia yang boleh dipanggil ibu mahu berselfie dengannya.

“Tanpa segan silu, dia mahu bergambar selfie dengan saya. Saya terkejut dan darah saya naik tiba-tiba. Marah pun ada. Namun begitu, saya menolaknya dengan cara baik,” jelasnya yang sempat menasihati wanita berkenaan.

Walau bagaimanapun, Ashraf berkata jika ingin bergambar dengannya beliau syorkan agar ahli keluarganya dan ahli keluarga peminatnya turut serta kerana Ashraf menegaskan dia tidak akan mengambil gambar berduaan dengan wanita yang bukan mahram.

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s