Cina berjiwa Melayu, Rani Kulup puji David Teo

David Teo seorang yang sangat mesra Melayu dan ramai pelakon selesa dengan pendekatannya, kata ‘raja repot Malaysia’. (Rani Kulup)

Selepas dikritik hebat dan dituduh menghina seniman agung P Ramlee, pengarah filem David Teo hari ini mendapat pembelaan aktivis selebriti Abdul Rani Kulup.

Rani berkata Teo bukan seorang yang suka menghina atau memburuk-burukkan pihak lain.

Malah, Rani menganggap Teo seorang orang Cina “berjiwa Melayu” kerana sikapnya sangat mesra Melayu, dan ramai pelakon selesa dengan pendekatannya.

“Apa yang saya faham, David Teo punya kenyataan, dia bukan menghina, bukan mengata dan dia tidak berniat untuk menjatuhkan P Ramlee, tetapi maksud David Teo itu supaya penerbit dan pelakon tidak menjadi seperti P Ramlee, apabila berjaya, mencipta sejarah pemfileman negara, dikenali ramai, namun beliau diabaikan dan hidupnya dalam keadaan susah tidak ada siapa datang membantu dan dia mati pun dalam keadaan tidak berduit.

“Sepanjang saya kenal David Teo, saya tengok dia bukan jenis yang suka mengutuk, rasis, memburuk-burukkan orang, dan dia juga bukan jenis yang suka membuat cerita tak tentu pasal kalau tidak ada sebab.

“Saya tengok David Teo, inilah orang Cina yang berjiwa Melayu,” kata Rani kepada FMT.

Rani sebelum ini pernah membintangi filem “Kipidap selamatkan hari jadi” terbitan Teo.

“Saya puji David Teo bukan sebab saya pernah jadi pelakon David Teo,” tambah beliau.

Teo dikritik hebat susulan kenyataan beliau yang syarikatnya, MiG, tidak hanya mahu melahirkan pelakon terkenal tetapi mampu menjadi jutawan, tidak seperti keadaan yang berlaku kepada P Ramlee yang hidup merempat.

Rani sebaliknya menyerang pengkritik Teo, dan mempersoalkan hak P Ramlee dan keluarganya yang dinafikan.

“Kenapa orang tidak bising bila hak kebajikan P Ramlee dan keluarga diabaikan, hasil atau royalti karya P Ramlee tidak diberi kepada keluarga, tetapi bila David Teo keluarkan kenyataan sedemikian semua bising, sedangkan apa yang David Teo cakap itu benda yang betul sebagai pengajaran kepada semua.

“Saya tengok kebanyakan artis ini dipuji apabila mereka diperlukan, tetapi bila dah tua dan tiada kepentingan, kebajikan mereka pun tak ada, sepatutnya duit pencen kena bagi lah,” tegas Rani yang terkenal kerana kekerapannya membuat laporan polis terhadap pemimpin pembangkang.

Sumber : Free Malaysia Today

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s