Dira Abu Zahar Diceraikan?

Pelakon dan penerbit Dira Abu Zahar satu nama yang tak asing lagi dalam industri hiburan tanah air yang mana kini nama itu seperti sudah lama menyepi. Namun baru-baru ini pula tersebar berita dimana Dira dan suaminya, Helmi Yusuf sudah bercerai. Betul ke?

screen20shot202016-07-1320at203-35-3420pm_zpsehe7mc5c

Terperanjat jugalah MiG Online bila dapat tahu tentang berita ni. Yela mana taknya, angin tak ada ribut tak ada, tahu-tahu bercerai. Lebih menyedihkan apabila Dira diceraikan pada awal Ramadhan lalu.

Menerusi ruangan Miss K di Astro Gempak, Miss K mendapat info dari pihak yang sama aktif dengan aktiviti menunggang motosikal berkuasa tinggi sama seperti Dira, beliau dikatakan mengalami kemurungan yang teruk pada malam beliau diceraikan. Lalu, Dira dikejarkan ke hospital dan ditahan selama seminggu disebabkan kemurungan yang dialaminya.

“Perselisihan faham diantara Dira dan suaminya dikatakan berpunca daripada penajaan filem Bikers Kental sehingga timbul beberapa isu dan akhirnya berlaku perbalahan besar sehingga runtuhnya rumah tangga yang dibina selepas 5 tahun dan dikatakan bercerai akhirnya,” katanya didalam ruangan Miss K di portal Asto Gempak.

Malah, selepas isu penceraian ini berlaku Dira dan suami dikatakan dah tak menghubungi antara satu sama lain. Dira juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka mengenai isu ini kepada mana-mana pihak media.

Pasangan ini selamat diijabkabul pada 11 November 2011 di Merlimau, Melaka.


Sebelum ini, Dira pernah berkahwin dengan vokalis kumpulan Bau, Ash dan dikurniakan seorang anak perempuan Tengku Anggun Deandra.

Apapun, MiG Online harap semoga pasangan ini dapat sama-sama berbincang secara baik, buang yang keruh ambil yang jernih.

Sumber : Astro Gempak

One thought on “Dira Abu Zahar Diceraikan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s