Juliana Evans Ingin Kahwin Sebelum Usia 30 Tahun

 

Jika sebelum ini ianya menjadi satu teka-teki, kini aktres terkenal Juliana Evans sudah bersifat terbuka untuk memberitahu kepada umum kisah percintaannya dengan seorang jejaka kerabat diraja. Namun beliau khabarnya belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini.

“Buat waktu ini, saya masih selesa menikmati kehidupan solo sebegini terlebih dahulu. Saya belum lagi bersedia untuk ke arah perkahwinan. Malah saya juga tidak tertekan melihat seorang demi seorang rakan artis yang lain telah berkahwin. Tetapi bagaimanapun InsyaAllah, setiap perkara yang baik pasti akan dipermudahkan oleh-Nya di kemudian hari.

“Masih banyak perkara yang ingin saya lakukan sebelum diri terikat dengan sesiapa. Saya sendiri tidak perlu terkejar-kejar dalam soal itu. Mama juga tidak memaksa saya segera mendirikan rumah tangga. Namun jika diizinkan Tuhan, saya ingin mempunyai keluarga sendiri sebelum usia 30 tahun,” katanya kepada Berita Harian Plus berhubung perkara itu.

Juliana akui senang untuk lebih bersifat terbuka kerana tak mahu mengundang pelbagai spekulasi daripada orang ramai. Biarlah peminatnya mengetahui siapa teman istimewa beliau dari peminat berfikir negatif terhadapnya sepertimana dulu beliau pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan Zizan Razak.

Sebelum ini, Juliana ada memuat naik sekeping gambar tanpa kapsyen bersama seorang jejaka dengan memakai baju sedondon pada satu majlis telah menjadi tanda tanya kepada peminat dan beliau akui hubungan beliau dengan jejaka itu terjalin sudah hampir setahun.

MiG Online doakan semoga pasangan sama cantik sama padan ini cepat-cepat naik pelamin.

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s