“Ladyana Mampu Layan Anak Saya Dengan Baik”- Awie

Vokalis Wings, Awie akui yang beliau telah pun bertunang dengan wanita bernama Sharifah Ladyana dan kini beliau tak mahu lagi mengenangkan perkara yang lepas dan sudah pun bersedia untuk bergelar suami buat kali ketiga.

Awie juga telah pun mendapat persetujuan anak-anaknya sebelum bertunang dengan Ladyana dan mengakui yang beliau juga seperti lelaki normal yang mahu hidup bersama insan yang dicintai.

“Takut atau tidak, saya perlu teruskan hidup. Saya manusia dan lelaki normal yang punya nafsu serta keinginan untuk berkongsi hidup dengan orang yang dicintai.”

“Apa yang penting, anak-anak dapat menerima dia seadanya. Sejujurnya, sebelum menerima kehadiran Lady dalam hidup, saya terlebih dahulu menanyakan perkara itu kepada anak-anak dan mereka bersetuju. Apa yang saya nampak, dia mampu melayan anak-anak saya dengan baik,” ujar Awie.

Awie juga yakin bahawa rumah tangga yang bakal dibinanya kali ini pasti akan kekal hingga akhir hayat selain ianya akan memberikan cahaya baru dalam hidupnya.

“Saya perlukan seseorang yang bukan hanya untuk berkongsi kasih sayang tetapi juga untuk menyempurnakan jalan hidup saya bersama anak-anak. Rasa kosong kalau hidup sendiri.”

“Setidaknya, kalau saya berkahwin dan dikurniakan cahaya mata, ia akan membuatkan saya lebih bertanggungjawab dalam hidup dengan lebih fokus kepada anak-anak dan isteri di rumah,” tambahnya.

Apapun, sama-samalah kita doakan Ladyana adalah jodoh yang tepat buat Awie dan semoga hubungan yang terjalin antara mereka nanti kekal hingga akhir hayat.

Sumber : Beautifulnara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s