Zack Kapcai Menghiburkan Penonton

Hai korang.. Masih ada yang mood raya ke? Hihi.. Apapun dikesempatan ini MiG Online nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin jika ada salah silap okay.

Kalau nak tahu malam semalam telah berlangsungnya Malam Pratonton sebuah filem terbitan Metrowealth Pictures iaitu Zack Kapcai di MM Cinema E@Curves, Damansara.

Sambutan yang diterima untuk filem genre komedi aksi ini cukup memberangsangkan, memang terbaiklah hinggakan ada yang gelak terbahak-bahak bila ada scene yang mencuit hati mereka. Hihi…

Semalam juga antara artis yang hadir ialah para pelakon Zack Kapcai iaitu Rahim Sepahtu, Julia Marin, Serina Redzuawan dan Shahfiez.

Mesti ramai tertanya-tanya mana Zack iaitu watak utama yang dibawa oleh Fad Bocey dalam filem ini. Sebenarnya Fad tak dapat hadirkan diri kerana anaknya dimasukkan ke hospital. Semoga anak Fad cepat sembuh okay.

Apapun semalam para penonton pun ramai yang datang tau, memang penuh panggung la semalam. Thanks juga MiG Online ucapkan kepada penonton yang hadir untuk memberi sokongan.

MiG Online juga sempat menemuramah beberapa penonton selepas tayangan filem ni dan mostly mereka memang terhibur dengan filem ini.

Filem Zack Kapcai hasil sentuhan dua pengarah baru iaitu Rosli Mohd Taib dan Azaromi Ghozali ini bakal menambat hati penonton terutamanya mat motor di luar sana. Malah gelagat ayah (Rahim) dan anak (Fad) sememangnya mencuit hati dan tak kering gusi la bila tengok telatah anak beranak ni,haha.

Nak tahu apa yang komedi sangat tu? Jom kita intai trailer filem ini di bawah ye! Sebelum tu, MiG Online nak share dengan korang gambar sekitar majlis berlangsung.

Apapun, jangan lupa tau tonton filem Zack Kapcai di pawagam berdekatan pada 14 Julai ini. Gerak Lu Pape Roger…

One thought on “Zack Kapcai Menghiburkan Penonton

  1. Assalamualaikum…i would like to ask how to make job application at metrowealth?

    On Wednesday, 13 July 2016, metrowealth pictures wrote:

    > migonlinecrew posted: “Hai korang.. Masih ada yang mood raya ke? Hihi.. > Apapun dikesempatan ini MiG Online nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf > Zahir Batin jika ada salah silap okay. Kalau nak tahu malam semalam telah > berlangsungnya Malam Pratonton sebuah filem terbitan Metro” >

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s