2 Hari Saja Lagi, Azwan Kombos Sudah Sedia

Hanya berbaki dua hari saja lagi buat pelakon utama telefilem Syawal Yang Hilang, Azwan Kombos menamatkan zaman bujangnya bersama pilihan hati iaitu pelakon dan model, Ezzaty Abdullah yang akan diadakan di Bentong Pahang.

Apabila diajukan soalan adakah Azwan sudah bersedia untuk menjadi suami kepada Ezzaty, beliau khabarnya sudah pun bersedia. Yelaa, kalau belum sedia takkan la dah ready nak kahwin kan? Hihi…

“Perasaan ingin menjadi suami orang ni agak sukar untuk dikatakan sebab tak tahu lagi macam mana rasanya. Tapi saya sudah bersedia untuk sebarang kejutan selepas perkahwinan nanti. Cuma sekarang lebih kepada mengetahui tentang alam perkahwinan melalui pengalaman orang lain dan apa yang saya baca sahaja.

“Untuk takut atau tidak takut untuk pikul tanggungjawab tu bukan persoalannya sebab setiap orang akan melalui fasa perkahwinan bersama tanggungjawab juga. Mesti ada beban di masa akan datang. Tapi kita kena percaya bahawa, perkahwinan itu adalah satu anugerah. Dan tanggungjawab yang dipikul bukannya satu beban,” terang Azwan teruja.

Menyentuh mengenai persiapan pernikahan pula, Azwan turut berkata segalanya hampir selesai

“Setakat ini ada berbaki dua hari lagi sebelelum akad nikah. Jadi dalam masa dua hari ini ingin melunaskan sedikit perkara lagi yang belum selesai berkenaan majlis perkahwinan tersebut. Boleh dikatakan hampir 98% dah selesai,” katanya yang baru sahaja pulang beraya di Kota Belud, Sabah.

Tambah Azwan, beliau begitu gembira apabila dapat beraya tahun ini bersama ahli keluarga malah tambah meriah apabila ramai peminatnya datang beraya di rumahnya.

“Beraya di Sabah memang seronok. Beraya bersama Ibu di kampung dan juga sanak saudara. Ini sahajalah masa untuk berjumpa mereka dan bertukar-tukar cerita. Ramai yang datang ke rumah untuk bertemu dengan saya, sampai tak sempat nak hidang juadah kerana terlalu ramai. Tapi mereka yang datang memahami situasi saya, dan lebih untuk bertegur sapa dan selfie. Terima kasih kepada yang sudi berkunjung ke kediaman saya di Kota Belud, Sabah,” tambahnya lagi.

Apapun, MiG Online doakan semoga segala perjalanan sepanjang majlis Azwan dan Ezzaty nanti berjalan dengan lancar.

Sumber : Media Hiburan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s