Azwan Kombos & Ezzaty Abdullah Bergaduh Soal Lokasi Bulan Madu?

Bermula sebagai kawan rapat, kini Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah sudah pun sah bergelar pasangan suami isteri. Itulah yang dikatakan kuasa jodoh. Hihi..

Selesai sudah majlis pernikahan kini pasangan berkenaan meraikan pula para tetamu dengan majlis resepsi yang cukup meriah di Dewan Melor, Bandar Baru Bangi semalam.

Pasangan mempelai itu mengenakan busana pengantin dengan memakai ball gown dan sut berona sedondon hasil gabungan warna biru cair dan merah jambu ini kelihatan sangat cantik dan berseri-seri.

Majlis yang bertemakan ala garden wedding itu turut dihadiri ramai tetamu yang terdiri dari keluarga pengantin, saudara-mara dan rakan-rakan artis.

Selain itu, MiG Online dapat info pasangan ini juga khabarnya bakal terbang ke London untuk berbulan madu pada 20 Julai ini. Seronoknya!

Dengar-dengar sebelum ini pasangan berkenaan berbalah mengenai lokasi bulan madu, betul ke? Hihi.. Namun disebabkan London menjadi lokasi kesukaan Ezzaty, Azwan mengalah. Hihihi..

Maknanya hari Rabu inilah mereka akan fly. Apapun MiG Online doakan semoga perjalanan ke London selamat pergi dan balik, selamat berbulan madu juga ye. Semoga cepat-cepat dapat baby.

Jom layan gambar sekitar majlis :

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s