Sekali Lafaz, Azwan Kombos Sah Suami Ezzaty Abdullah

Bersatu sudah ikatan cinta pasangan mempelai sama cantik sama padan Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah.

Pasangan berkenaan selamat bernikah dengan sekali lafaz pada 16 Julai (Sabtu) lalu di kediaman pengantin perempuan di Bentong, Pahang yang turut dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak dan rakan terdekat pasangan berkenaan.

Dengan memakai sepersalinan serba putih pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Haji Abdullah Mat Isa dan disaksikan oleh Jurunikah Daerah Bentong, Mohd Kasmawi Harun.

Azwan menyerahkan mas kahwin berjumlah RM22.50 kepada Ezzaty manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya. Pengantin perempuan turut menerima lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang kepada pihak lelaki.

Sebelum itu, Azwan dan Ezzaty mengadakan majlis pertunangan pada jam 10 pagi sebelum akad nikah berlangsung pada jam 11.30 pagi pada hari yang sama.

MiG Online juga berkesempatan untuk sama-sama hadir memeriahkan majlis berkenaan. Jutaan tahniah kepada pasangan mempelai, semoga hubungan cinta ini kekal hingga ke Jannah dan cepat-cepat dapat baby. Apapun jom kita layan dulu gambar sekitar majlis berlangsung :

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s