Muzik Video Raniaku Bertaraf Antarabangsa

Mungkin setiap langkah

Harus diolah jejak tak menentu

Namun saban hari kita kan tahu

Jatuh bangunmu bersamaku…

Raniaku…

Itulah antara bait rangkap lirik lagu Raniaku dendangan Aizat Amdan. Syahdu sangat MiG Online rasa bila dengar lagu ni tambah pula bila tengok muzik video tu.

Hari ni MiG Online nak share dengan korang mengenai majlis yang MiG Online kunjungi semalam iaitu Majlis Pelancaran Muzik Video SAFI & Aizat Amdan bersama Kelahiran Baharu Teknologi DUO EMAS 24K yang berlangsung di Cathay E@Curve, Damansara.

Majlis itu bertujuan untuk memperkenalkan muzik video terbaru Aizat Amdan dimana dalam muzik video Raniaku itu turut menampilkan Duta SAFI Rania Gold, Nora Danish dan juga pelakon tampan, Remy Ishak.

Nak tahu apa kisah disebalik muzik video Raniaku ini? Kalau nak tahu kenalah buka Youtube, semalam dah official launch di Youtube tau,hihi..

Tapi sebelum tu, MiG Online nak share juga dengan korang serba sedikit kisah di sebalik muzik video Raniaku ini.

“Ia mengisahkan seorang wanita bernama Rania (Nora Danish) iaitu seorang isteri yang mengalami penderitaan penglihatan yang serius sehingga mengganggu kehidupan serta tugas sebagai seorang isteri. Rania bimbang ditinggalkan insan tersayang, beliau tekad untuk merahsiakan hal itu. Perubahan emosi dan perilaku Rania semakin ganjil dan mula dihidu oleh suaminya Azman (Remy Ishak). Setelah didesak untuk berterus terang, Rania lalu memberitahu hal sebenar. Bagi meyakinkan Rania yang cintanya tak pernah pudar, Azman berusaha untuk membantu dan menenangkan emosi Rania dan Rania bersetuju untuk melakukan pembedahan. Adakah pembedahan mata Rania berjaya? Nak tahu jom kita menonton sendiri muzik video itu di Youtube. Yang pasti ceritera romantis yang menyayat hati ini membuktikan bahawa setiap cabaran akan mampu ditempuhi jika kekal bersama.”

Yang menariknya mengenai muzik video ini menjalani penggambaran sepenuhnya di Bali, Indonesia dan diarahkan oleh Nan Salleh.

Malah, bagi pendapat MiG Online yang melihat sendiri muzik video itu amat jarang sekali kita temui muzik video tempatan kelihatan bertaraf antarabangsa namun untuk Raniaku ianya memang lain dari yang lain.

Bercerita mengenai majlis semalam Aizat Amdan turut mendendangkan lagu berkenaan secara live dan selesai saja persembahan, Remy Ishak mengiringi Nora Danish masuk ke dewan sambil Nora membaca bait-bait indah puisi. Sweet sangat MiG Online tengok mereka semua. Hihi…

Seperti yang kita lihat, gabungan di antara video muzik dan produk kecantikan amat jarang dapat kita lihat namun untuk Raniaku ia mengambil inisiatif lain dengan berkolaborasi bersama artis ternama dan ia seakan lain dari yang lain.

Namun SAFI jenama halal no.1, berkata penghasilan muzik video Raniaku merupakan salah satu projek terbesar SAFI sepanjang produk penjagaan wajah itu diperkenalkan dan ia bertujuan untuk menyebarkan mesej tentang kekuatan wanita yang diserlahkan melalui kecantikan diri serta bagaimana kasih sayang yang berterusan memberikan keberanian yang hebat untuk menempuh cabaran hidup.

Okaylah, itu je yang MiG Online nak share dengan korang. Sekarang, jom kita tonton muzik video Raniaku dan gambar sekitar majlis semalam :

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s