Kes Rangkul Pinggang, Dato Red Tak Tolak Ruhainies Jodoh Ketiganya

Hari ini kecoh berita dimana tersebarnya video Datuk Seri Adnan Abu atau dikenali sebagai Dato Red juga suami kepada penyanyi terkenal Adira telah merangkul pinggang Ruhainies di salah sebuah pusat membeli-belah terkemuka, Pavillion.

Mereka kelihatan sedang keluar bersama dan khabarnya mereka berjumpa atas urusan kerja. Tapi tak akan la keluar atas urusan kerja tapi berpegangan?

Menerusi BH Online, Dato Red menyedari risiko yang bakal dihadapinya apabila mereka berdua keluar secara terang-terangan namun beliau tak mempedulikan hal itu malah akui senang dengan kehadiran Ruhainies.

Yang lebih menggemparkan apabila Dato Red meluahkan niatnya untuk menjadikan Ruhainies sebagai isteri ketiga.

“Saya dan Ruhainies tidak ada apa-apa hubungan istimewa. Tetapi saya akui sukakan dia. Apabila saya merangkul pinggang dan kami berpegangan tangan, saya anggap dia juga mempunyai perasaan yang sama. Nak buat macam mana, tangan saya seperti ‘automatik’ pula. Ini namanya saya sendiri yang mencari bala. Saya berasakan sama seperti dalam cerita P Ramlee pula,” jelas Dato Red.

“Saya seorang yang jujur dan akan meminta izin kepada isteri-isteri jika mahu berkahwin lagi. Lagipun bukannya saya buat perkara yang tidak elok. Cuma dalam hal ini, Adira sudah mengetahui tentang hal ini kerana beberapa wartawan sudah menghubunginya. Cuma Datin Red yang belum tahu. Risau juga apa reaksinya,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai perkara itu.

Melalui video yang tersebar itu juga menunjukkan Ruhainies dan Dato Red berpegangan tangan dengan mesra di pusat membeli belah itu.

Ruhainies juga ada mengeluarkan kenyataan yang beliau rasa seperti dianianya dan seperti ada pihak yang tak bertanggungjawab cuba untuk perangkapnya dengan sengaja.

Selain itu, beliau turut menuduh Dato Red menjadi dalang kepada kontroversi ini berlaku dengan mengupah seseorang untuk mengambil video terbabit.

Sejauh mana kebenaran itu sama-sama kita nantikan pengakuan dari mereka bertiga.

Sumber : BH Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s