Yuna Kecewa Bangsa Sendiri Lebih Ramai Mengkritiknya

Sejak video berpelukan bersama Usher tersebar, Yuna tak habis-habis diserang oleh warga media sosial dimana beliau telah dikritik pedas. Apa yang mengecewakan Yuna, kebanyakkan kritikan tersebut datangnya dari bangsanya sendiri.

“Kesemua perkataan, penghinaan, dan diskriminasi yang menyakitkan, datangnya dari mulut bangsa Melayu. Apa yang saya boleh lakukan hanya bersabar,” luah Yuna di laman Instagramnya.

Walau bagaimanapun, tambah Yuna beliau sentiasa ingat segala pesanan ayahnya lebih-lebih lagi apabila beliau dilanda situasi sebegini dimana ada segelintir pihak memadangnya dari sudut negatif.

“Bapa berpesan agar saya buat keputusan sendiri. Saya boleh berfikir untuk diri sendiri, jadi mengapa mahu dengar apa yang orang lain cakap?,” katanya kepada Astro Awani.

Kepada Yuna, MiG Online rasa sudah tiba masanya anda menghiraukan segala percakapan orang dan terus melangkah maju ke hadapan.

Sumber : Rotikaya

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s