Adi Putra Mengaku Berkahwin Kali Kedua

Akhirnya teka-teki mengenai aktor terkenal Adi Putra mendirikan rumah tangga buat kali kedua akhirnya terjawab juga.

Adi Putra sudah pun membuat pengakuan yang beliau telah bernikah bersama seorang janda anak satu.

Pengakuan Adi Putra ini dibuat dalam satu temu bual bersama program Melodi TV3 malah video penjelasan itu turut dimuat naik di laman rasmi Facebook beliau.

“Pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada semua. Ada yang bertanya kenapa saya berdiam diri mahupun melarikan diri. Saya rasa mungkin ada yang tahu mungkin ada yang tidak, saya hanya menjalankan tanggungjawab saya, tanggungjawab bermaksud hal peribadi”, ujarnya.

“Ramai ingin tahu ya ataupun tidak. Ya saya akan jelaskan. Memang ya saya bernikah, bererti dua isteri. Disini, terjawablah segala persoalan dan andaian selama ini,” tambah Adi.

Malah Adi juga berkata yang beliau tak menyimpan perasaan dendam kepada mereka yang sebelum ini menghina dan membuat pelbagai andaian negatif terhadapnya.

Adi juga mengaku gambar-gambarnya bernikah bersama isteri kedua itu tersebar adalah benar.

Paling mengejutkan apabila perkahwinan Adi diketahui oleh isteri pertamanya Aida Yusof namun Aida sebelum ini tak mahu memberi sebarang komen kerana ingin menjaga aib suaminya.

Berikut adalah video penuh penjelasan Adi Putra berhubung isu perkahwinan beliau :

Walau bagaimanapun, Adi Putra akan mengadakan satu sidang media khas pada jam 2 petang ini di Casa Ampang bagi menjawab segala persoalan dan menjelaskan perkara sebenar kepada umum mengenai pernikahan beliau yang kedua ini.

Sama-sama kita nantikan penjelasan Adi mengenai isu berkenaan. Apapun semoga Adi bahagia dan dapat berlaku adil kepada kedua-dua isterinya.

Sumber : Beautifulnara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s